“Mereka semua menyayangi aku. Semua rakyatku sokong aku. Mereka semua mencintai aku. Mereka bersedia mati untuk melindungi aku,” kata pemimpin Libya muammar Ghadafi. Ia berbicara dalam bahasa Inggeris yang terputus-putus dalam satu wawancara dengan media Barat yang ditayangkan melalui berita dunia BBC.
Segala pernyataan pemimpin Libya itu terhadap nasib buruk rakyatnya dikutuk oleh duta besar AS ke PBB Susan Rice, sebagaimana dilaporkan AFP.
Kata Rice, “ Dia tak layak jadi pemimpin kerana dia tidak peduli langsung nasib rakyatnya “.
Gaddafi duduk di Tripoli untuk wawancara dengan saluran televisi ABC serta BBC dan The Times of London, sementara para pemimpin dunia meningkatkan tekanan atas rejimnya. Banyak Negara telah menyita asetnya.
Kemarahan dunia kian marak di atas penindasan yang dilakukan Gaddafi terhadap penunjuk perasaan.
Kekuatan prodemokrasi sekarang menguasai banyak wilayah timur dan utara negara Afrika utara itu. Amerika Syarikat sekarang secara terbuka telah menyeru Gaddafi supaya berundur, dan mengesyorkan agar dia hidup di pembuangan.
“Itu pengkhianatan, mereka tak ada moral. Saya terkejut bahawa kami telah bekerjasama dengan Barat untuk memerangi Al Qaida, dan pada ketika kami sekarang sedang memerangi pengganas, mereka mengkhianati dan meninggalkan kami,” kata Ghaddafi
Ghaddafi menuduh kebangkitan rakyatnya didalangi Al-Qaida
No comments:
Post a Comment