HTML/JavaScript

Thursday 6 December 2012

Selangor arah JPJ, syarikat AES tutup kamera

Wartawan Sinar Harian
7 Disember 2012
AES
Sistem AES
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sepatutnya dilakukan petang ini, seperti dilaporkan semalam, sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebentar tadi.

Sehubungan itu, kenyataan MPSepang menyebut pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan.

"Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang
telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu.

Sebaliknya katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.

"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment