22 Nov 2013
Daripada foto yang tersiar di dalam portal malaysiakini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kelihatan sedang membuang undi bersama-sama dengan Presiden PAS< TG Hj Abdul Hadi Awang.
Ini bererti Mohamad Sabu berjaya memohon penangguhan selepas memberi keterangan di Mahkamah Tinggi untuk bergegas ke Stadium Melawati, tempat dimana Muktamar PAS Ke 59 sedang berlansung.
Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Mohamad Sabu bersama peguamnya, Hanipa Maidin berkemungkinan terpaksa melakukan undian dari mahkamah apabila mahkamah enggan untuk menangguhkan prosiding saman Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan penulis Aziz Muda.
Proses pengundian bagi memilih kepimpinan PAS bagi 2013-2015 telah bermula petang ini dan mendapat tumpuan penuh media dan masyarakat negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi menyatakan proses pengundian untuk Timbalan Presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa PAS Pusat bermula jam 4 petang dan dijangka selesai pada 7 petang ini.
Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian beliau menyatakan pengundian bagi AJK Pusat PAS ditunda keesokan harinya berikutan masalah teknikal.
Seramai 1,129 perwakilan layak mengundi dan keputusan rasmi hanya akan diumumkan oleh Asmuni pagi esok.
Bercakap kepada media, Asmuni Awi menjelaskan, masalah teknikal hari ini melibatkan kesilapan mencetak nama bagi jawatan ahli jawatankuasa Pusat PAS.
"(Ada) satu nama ulang dua kali (pada kertas undi). Jadi esok kita sistem lama iaitu satu kertas ada 61 orang calon," jelasnya.
"Biar kita susah (untuk mengira). Kita tak nak berlaku lagi. Kita mengaku kesilapan dan kita nak pastikan semua pihak berpuas hati.
Katanya, proses pemilihan jawatankuasa PAS pusat akan berlangsung pada jam 8.15 pagi dan dijangka tamat pada jam 10 pagi.
Keputusan rasmi untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan akan diumumkan sekali, dijangka petang esok.


"Ini
bukan kali pertama beliau lakukannya," kata Timbalan Presiden PKR Azmin
Ali sambil berkata sedang mendapatkan lebih maklumat berhubung perkara
itu.
KUALA LUMPUR:
Tindakan kabinet meluluskan urusan lawatan isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar, baru-baru ini boleh mengundang bahaya
kepada negara apabila urusan negara diserahkan kepada pihak yang bukan
berkenaan.
Dewan
Rakyat kini, bergema tentang isu pembiayaan jet eksekutif swasta untuk
lawatan isteri yang ayu dan genit kepada Perdana Menteri Najib ke Qatar
baru-baru ini. Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang isu ini
kerana ia melibatkan wang rakyat yang berjuta ringgit.


KUALA LUMPUR:
Tinjauan terkini Ernest & Young’s di kalangan eksekutif perniagaan
di negara ini mendapati Malaysia dihinggapi wabak rasuah yang berleluasa
dan semakin meningkat.


Pengamal
undang-undang itu juga menyindir perdana menteri yang menurutnya sibuk
memberitahu rakyat luar negara bahawa beliau seorang yang moderat dan
mengambil berat kaum bukan Melayu.
Najib
berkata dengan tiada siapa yang mencabar kedudukan beliau dan
timbalannya dalam pemilihan parti kali ini menunjukkan yang UMNO
bertambah kuat dan akan terus menjadi parti harapan untuk rakyat dan
negara. Katanya lagi dengan memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding
itu adalah petanda arah yang parti semakin kuat bagi menghadapi
pilihanraya yang akan datang ini.
KUALA LUMPUR: “Kerajaan
lebih teruk daripada along,” luah Setiausaha Persatuan Progresif India
Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam (gambar). 
"Harus
diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak
menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi.



Menurut Jahabar, TMI memang sejak beberapa bulan lalu mendapat kontrak dari Malay Mail untuk mengisi kandungan MMO.
Mereka ditahan sewaktu mengadakan acara tersebut menjelang himpunan Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini.
Mereka dibawa IPD Dang Wangi dengan berjalan dalam keadaan bergari dan diiring dua anggota polis.
Kira-kira
30 orang termasuk petugas media kini berada di hadapan ibu pejabat
polis ini untuk mengetahui perkembangan lanjut mereka yang ditahan.