HTML/JavaScript

Sunday, 17 April 2011

Amerika dan Israel hantar virus komputer Stuxnet ke Iran

Iran - Berita Rasmi Iran IRNA melaporkan pada 16 April ,Amerika Syarikat dan Israel adalah dalang di belakang virus computer Stuxnet, yang dirancang untuk menyerang program nuklear Iran.

"Penyelidikan dan kajian menemui sumber Stuxnet berasal dari rejim Zionis dan Amerika," kata komandan organisasi pertahanan awam Iran, Gholam Reza Jalali. (AFP.)

Pakar komputer German dan sebahagian laporan media Barat juga mempercayai Amerika Syarikat dan Israel berada di belakang virus tersebut.

Virus Stuxnet yang mula diketahui Jun lalu dilaporkan boleh memusnahkan system komputer pada peralatan industri yang menggunakan computer di Iran

Jalali mengatakan ‘WORM’ itu menyusup ke dalam satu sistem, dan mulai mengumpulkan data dan informasi dan kemudian mengirim laporan dari mesin yang terinfeksi ke alamat Internet yang sudah dituju.

Pada Mac lalu, seorang pakar komputer German Ralph Langer mengatakan ia percaya Amerika Syarikat dan egen rahsia Israel, Mossad, telah mengirim virus Stuxnet ke program nuklear Iran.

Tetapi harian New York Times buat pertama kali melaporkan pada Januari lalu bahawa egen inteligen US dan Israel bekerja-sama untuk mengembangkan worm komputer tersebut untuk menyekat keupayaan Iran membuat bom nuklear.

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, pada November 2010, mengakui pengayaan uranium, dalam program nuklear Teheran telah mengalami gangguan akibat provokasi jahat tapi masalah itu telah diselesaikan.

No comments:

Post a Comment