HTML/JavaScript

Wednesday 6 April 2011

PAPAGOMO disiasat polis berhubung video seks

Blogger papagomo.com disiasat polis selama hampir tiga jam di Kuching pada petang Rabu berhubung klip video seks 1.47 minit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut blogger itu yang hanya mahu dikenali sebagai Papagomo, polis mula mengambil kenyataannya dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Katanya ,soal-siasat itu berkisar bagaimana beliau memperolehi sebahagian daripada video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Antara soalan yang ditanya adalah satu artikel yang disiarkan diblog beliau membabitkan gambar dua orang gadis Cina bersama bloggers Topeng Perak dalam blognya. Kata Papagomo kepada Agendadaily di luar IPD Kuching
Papagomo berada di Kuching untuk liputan kempen pilihanraya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.

Beliau berkata “Saya hanya keluarkan gambar itu untuk mempersoalkan apakah wanita Cina itu yang dilanggani oleh Anwar Ibrahim.”

Sebuah komputer riba milik beliau telah dirampas bagi membantu siasatan.

Blog beliau antara terawal menyiarkan klip video 1.47 minit itu pada Isnin lalu

No comments:

Post a Comment