HTML/JavaScript

Saturday 19 May 2012

Laporan NGO UK selari kenyataan Irene

Malaysiakini
  • Aidila Razak
  •   Mei 19 2012
 
Kenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez dalam akhbar Indonesia bahawa pekerja asing di Malaysia tidak dilayan dengan baik selari dengan laporan sebuah NGO berpangkalan di London 'War on Want'.

Berdasarkan wawancara dengan 30 pekerja asing wanita daripada Burma, NGO itu melaporkan industri tekstil dan elektronik di Malaysia sebagai "berbahaya dan cuai dalam menguatkuasakan undang-undang standard berkaitan upah dan keadaan kerja untuk pekerja asing."

NONELaporan berjudul Restricted Rights: Migrant Workers in Thailand, Cambodia and Malaysia juga mendapati pekerja tidak dibayar secara adil dan hidup dalam keadaan menyedihkan.

Dapatan menunjukkan pekerja yang diwawancara bekerja sehingga 78 jam sehari tetapi hanya mendapat upah serendah RM150 sebulan selepas majikan menolak semua bayaran levi, termasuk "denda kehadiran" sekiranya lambat masuk kerja.

Kebanyakan upah pergi ke poket agensi pengambilan pekerja asing, yang mendapat RM300 hingga RM400 sebulan hasil potongan gaji pekerja.

Keadaan ini sekali gus didakwa menggalakkan lebih ramai daripada mereka menjadi pendatang tanpa izin.

No comments:

Post a Comment