sinar harian
6 September 2012
COLOMBO - Helah seorang pengunjung untuk mencuri berlian bernilai
hampir AS$14,000 (RM44,000) dengan cara menelan batu permata berharga
itu akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa di pameran barang kemas
terbesar di Sri Lanka, semalam.6 September 2012
Menurut polis, lelaki warga China berumur 32 tahun itu berpura-pura
untuk melihat berlian tersebut secara dekat semasa dia berkunjung ke
Facets Sri Lanka yang diadakan di Colombo.
Dia telah memasukkan berlian itu ke dalam mulutnya tanpa menyedari perbuatan tersebut diperhatikan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment