myMetro 18 April 2013
Alpe d’Huez: Pemandu bas yang kemalangan di sebuah kawasan luncur
salji di Alps Perancis berusaha memberi amaran kepada 50 penumpang
bahawa kenderaan itu berdepan dengan masalah sejurus sebelum kemalangan
itu berlaku.
Pemandu warga Britain berusia 64 tahun itu yang dipercayai berasal
dari Timur Laut dipuji kerana keberanian menakjubkannya selepas dia
dikatakan menjerit kepada penumpang : “Ada masalah dengan brek’ sambil
berusaha menyelamatkan mereka.
Menteri Pengangkutan Perancis Frédéric Cuvillier berkata: “Anda tidak boleh menyifatkannya sebagai keajaiban kerana ada satu kematian dan ramai yang cedera. Tetapi, jumlah kematian mungkin lebih tinggi jika tidak kerana tindakannya.
“Keberanian pemandu berkenaan menyelamatkan ramai nyawa. Kenyataan
ramai penumpang yang kami temui mengesahkannya. Sikap dan tindakannya
mengelak daripada keadaan menjadi lebih buruk.” Pemandu itu maut dalam
kemalangan ngeri ini. Penumpang lain tercampak keluar dan ada yang
melompat keluar dari kenderaan yang bergerak itu.
Terdapat 53 orang di dalam kenderaan itu, termasuk dua pemandu.
Kenderaan itu mengalami kerosakan brek ketika menuruni laluan bengkang-bengkok di kawasan peranginan ski Alpe D’Huez.
Saksi berkata, ramai penumpang, kakitangan sebuah syarikat ski yang
dalam perjalanan pulang ke Britain melompat menerusi tingkap bas itu
ketika ia terbakar.
Seorang wartawan akhbar tempatan yang kebetulan dalam perjalanan ke situ berkata: “Ia kelihatan seperti babak dalam peperangan. “Waktu hampir 3.30 petang. Saya baru hendak memulakan pendakian ke Alpe d’Huez apabila melihat asap tebal. Apabila tiba di tempat kejadian bahagian depan bas itu sudah terbakar dan api merebak ke belakang kenderaan itu.
“Bas itu tersadai pada batu besar yang menghalangnya jatuh ke gaung.
“Saya meninggalkan kereta untuk memastikan sama ada mangsa memerlukan bantuan. Seorang daripada mereka berkata: ‘Ada orang terperangkap di dalam.’” Tiga orang dimasukkan ke hospital kerana cedera parah. Seorang daripadanya dipindahkan ke hospital di Grenoble ke hospital di Lyon yang memiliki unit pakar melecur. Dia dipercayai melecur sehingga 80 peratus anggota tubuhnya. - Daily Mail











Rakyat
katanya, boleh menilai beza pentadbiran 50 tahun BN dengan lima tahun
di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat khsusnya Selangor, Kedah,
Pulau Pinang.
Menurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini, kejadian itu 
KUALA LUMPUR:
Kebanjiran pelacur asing ke Malaysia yang berselindung di sebalik
pekerja hotel, spa dan rumah urut refleksologi adalah atas keizinan
kerajaan BN.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (kiri) berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf
Mustafa
dalam reaksinya dilaporkan berkata video itu adalah fitnah Umno
semata-mata dan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil
tindakan yang sesuai berhubung dakwaan itu.
Kelakarnya,
bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu muncul dan menyatakan beliau
ialah 'winnable candidate' bagi BN di Sungai Siput.


Mereka
termasuklah anak lelaki bekas perdana menteri Mirzan Mahathir, Menteri
Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin
dan Micheal Chia, yang pernah dikaitkan dengan Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman.
Nong Chik (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini memberitahu
RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada
tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarga.