HTML/JavaScript

Monday 8 April 2013

Dr Juanda Jaya Menghadap Raja Perlis

  08 April 2013


Nampaknya 'kegembiraan' Barisan Nasional (BN) apabila Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim gagal mengumumkan bakal calon parlimen Kangar malam tadi tidak lama.

Sebenarnya bukan setakat KEADILAN bermasalah dengan PAS yang juga meletakkan calonnya, rupanya Umno bahagian juga berkeras menolak calon pilihan BEKAS perdana menteri, Najib Altantuya!

Malam tadi, Anwar sepatutnya mengumumkan calonnya, bekas mufti Perlis yang berasal dari Sarawak, Juanda Jaya sebagai calonnya tetapi menangguhkannya di saat-saat akhir.

Anwar dipercayai mahu Dr Juanda menghadap Raja Perlis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Maka dengan itu, satu pertemuan tertutup diadakan antara Juanda yang menghadap Raja Perlis di Istana Arau selepas Zohor tadi.

Pertemuan tersebut kini menjadi tanda tanya dan perkembangannya sedang diperhalusi.

Tidak ada seorang pun pemimpin Umno dijemput ke pertemuan tersebut.

Difahamkan isu yang timbul mengenai beberapa maklumat yang terpaksa dirahsiakan buat masa ini.

Cuma yang boleh dipastikan, ada perbincangan dan perkembangan terbaru mengenai hasratnya untuk bertanding di parlimen itu.

Barangkali Umno menggunakan istana untuk cuba mempengaruhi Juanda supaya tidak bertanding kerana dikatakan sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di negeri ini, Juanda bakal dilantik ke jawatan tinggi.

Sementara itu, belumpun calon BN disenaraikan, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Najib Altantuya tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.

Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan tersebut.

“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (ADUN Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) turut hadir dalam perhimpunan tersebut.

Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib Altantuya mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar.

Menurut mereka, Umno dan BN Kangar mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan.

Selain Radzi, Kangar turut mempunyai beberapa nama lain yang berwibawa untuk bertanding di Kangar seperti Azam sendiri, Hashim Suboh (bekas Ketua Penerangan Umno Perlis) dan Azihani Ali (Exco Wanita Umno Malaysia) Mat ketika dihubungi hari ini berkata, beliau menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Perhimpunan tersebut hanya suara ahli Umno bahagian supaya menghormati kehendak Umno Kangar.

“Keputusan untuk mencalonkan Fathul Bari belum muktamad,” katanya.

Radzi yang hadir sama dalam perhimpunan itu, bagaimanapun enggan mengulas.

Usaha menghubungi Aziz juga tidak tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab.JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment