HTML/JavaScript

Tuesday 2 April 2013

Kuantan Hampir Lumpuh . Ayaq tak dak

03 April, 2013

Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.

Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg. Isap.

Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg. Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar. Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan Hj. Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.

Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.

Dr. Siti Mariah Mahmud
MP Kota Raja

No comments:

Post a Comment