HTML/JavaScript

Saturday 2 February 2013

Lesap ketika jemput isteri ke-3

pix_topright
Oleh SHAMRAN SARAHAN dan MOHD HUSNI MOHD NOOR

Kamunting: “Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pernah minta saya buat pengesahan kematian suami, namun saya enggan kerana percaya dia masih hidup dan akan pulang kelak,” kata Raimi Muhammad, 42, isteri kedua kepada Mohamad Shariff Hassan, 53, yang ‘lesap’ sejak enam tahun lalu, dipercayai disembunyikan madunya di Indonesia.

Mohamad Shariff yang juga pesara polis dilaporkan hilang sejak Jun 2007 selepas melawat isteri ketiganya di Kandangan Temanggong, Jawa Tengah.
Isteri pertamanya sudah berpisah selepas menuntut fasakh beberapa tahun lalu selepas Mohamad Shariff gagal dikesan.

Sehingga kini, pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan Mohamad Shariff, termasuk bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di Indonesia, namun gagal menemui petunjuk.

Raimi yang ditemui di kediamannya di Taman Saujana, di sini, berkata, dia yakin suaminya masih hidup dan tetap setia menanti biarpun ramai menganggap Mohamad Shariff sudah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment