HTML/JavaScript

Friday 9 March 2012

Beg tangan bongkar rahsia GRO sembunyi

Harian Metro
MELAKA: Tanda tanya beg tangan wanita yang ditinggalkan bersepah di pusat karaoke terbongkar apabila sekumpulan sembilan wanita warga China ditemui bersembunyi di sebuah bilik rahsia dalam serbuan di Batu Berendam, dekat sini.

Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Melaka, Mohd Yusof Hashim bermula jam 10 malam hingga 4 pagi itu, sembilan suspek disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di situ.

Pengarah Imigresen Melaka, Kamalludin Ismail berkata, intipan dijalankan lebih seminggu berdasarkan maklumat awam mengenai kehadiran warga asing sebelum premis terletak di Batu Berendam diserbu dengan kekuatan 17 anggota dan pegawai.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati premis itu berkunci dan pemiliknya enggan bekerjasama apabila diarahkan membukanya bagi tujuan pemeriksaan.

“Selepas lebih 10 minit menunggu, pemiliknya masih berdegil biarpun pegawai mengarahkan membuka pintu.

“Kami terpaksa memecahkan kunci untuk membuka pintu sebelum mendapati ramai pelanggan lelaki berada di dalam premis berkenaan.

“Semua pelanggan diarah keluar sebelum kami menemui beberapa beg tangan wanita mengandungi pasport asing ditinggalkan di situ,” katanya, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment