
Ini berikutan akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan’, ‘Noh
Omar khianat petani’ dan ‘Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani’ pada 25 November hingga 2 Disember lalu yang disifatkan Noh sebagai fitnah.
Selangor Kini turut menyiarkan kenyataan Ng dalam penyiaran artikel berkenaan.
Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22 Mac ini.
Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.
Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Menteri, Adun dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.
“Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka mereka cuba membuat tindakan sedemikian,” katanya.
Dalam saman terhadap kerajaan negeri, enam individu turut dinamakan termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini. ~fmt
No comments:
Post a Comment