HTML/JavaScript

Thursday, 19 January 2012

Isu NFC: Shahrizat saman Zuraida, Rafizi RM100 juta

 
Menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengemukakan saman ke atas dua orang pemimpin PKR ekoran kenyataan oleh kedua-dua individu berkenaan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

shahrizat wanita umno victory 250309 3Shahrizat dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Ketua wanita Umno itu, yang kini bercuti selama tiga minggu, menuntut RM50 juta untuk gantirugi umum dan RM50 juta untuk gantirugi teruk dan teladan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saman itu dikemukakan dengan asas bahawa siasatan yang sedang berjalan itu diyakini akan membuktikan Shahrizat tidak bersalah.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Rafizi dalam satu kenyataan media petang tadi berkata saman itu adalah tindakan politik untuk menutup mulutnya dan Zuraida daripada terus membuat pendedahan.

“Jika pimpinan Umno seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar.

NONE“Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat.

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Datuk Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Rafizi, beliau  yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Oleh yang demikian, saya dan Zuraida bersedia untuk berdepan dengan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Shahrizat bahawa Ketua Wanita Umno itu juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang “mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang” yang didedahkan setakat ini.Malaysiakini

No comments:

Post a Comment