HTML/JavaScript

Sunday, 8 January 2012

Terkini Lintas Langsung Dari Jalan Duta Keputusan Fitnah Liwat 2 : DENGAN RASMINYA MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR BEBASKAN DSAI DRPD TUDUHAN MELIWAT.

Monday, January 9, 2012

http://media1-cdn.malaysiakini.com/429/9cfca5b467995503e0f0e17d318a0d4e.jpg

Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.NONEAnwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
NONELebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.

Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".

Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG
9.41am: Jelas kelihatan emosi keluarga DSAI, air mata kesyukuran menitis.

9.38am: Laungan 'Tangkap Saiful' pula bergema.

9.35am: penyokong DSAI ke Masjid Wilayah untuk sujud syukur.
9.32am: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.
9.26am: Hakim putuskan Anwar tidak bersalah.

9.21am: Orang ramai yang berada di tempat letak kereta kelihatan sabar menunggu keputusan Hakim .

9.18am: Pihak Polis anggarkan 4500 orang memenuhi pekarangan Mahkamah pada pukul 9 Pagi.(Jumlah sebenarnya melebihi anggaran Polis)

9.10am: Ahli PEKIDA turut kelihatan menunggu pemimpin mereka.

http://s1-02.twitpicproxy.com/photos/large/492135535.jpg


9.06am: TGNA turut kelihatan datang memberi sokongan moral.

9.05am:Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tiba di mahkamah diiringi laung takbir.
http://s1-01.twitpicproxy.com/photos/large/492142756.jpg
9.00am: Poster provokasi kelihatan diedarkan.
8.56am: DSAI,Isteri & 4 orang anaknya kelihatan di Mahkamah.

8.49: Bekas Menteri Pelancongan Dato' Kadir Sheikh Fadzir turut kelihatan.

8.45am:Laporan MalaysiaKini menyebut, penyokong Saiful hanya ada lima puluh orang. Diulang, 50 orang.
8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.

Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.


NONE8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.

“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

NONEKawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.

"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
NONE7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.

Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

NONEKatanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.

Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.
NONE7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.

Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.

NONEOrang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.
sumber : naim nikmat. terima kasih
Dari pelbagai sumber.

No comments:

Post a Comment