HTML/JavaScript

Friday, 20 January 2012

SPRM siasat pemain Perlis


kosmo 21 Januari 12
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis akan mengadakan pertemuan dengan sembilan pemain Perlis yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengatur perlawanan, baru-baru ini.
Pengarahnya, Alias Darus berkata, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi mengambil maklumat mengenai dakwaan tersebut semalam.

“Selepas pertemuan dengan pegawai PFA itu, kami akan panggil pula para pemain yang disyaki terlibat dalam masa terdekat selepas perlawanan mereka menentang Pahang kelak.
"Pertemuan tersebut nanti adalah bagi mengesahkan sama ada wujud kes mengatur perlawanan dengan pembabitan seorang ‘bookie’ dalam perlawanan melibatkan pasukan Perlis," katanya.

Kelmarin beberapa akhbar utama melaporkan berkenaan kemungkinan pembabitan beberapa pemain Perlis yang terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan selepas dibelasah tujuh gol oleh Majlis Perbandaran Muar pada aksi pembukaan Liga Premier, baru-baru ini.
Ketika post motem yang dilakukan di kalangan pemain Perlis, pengurus pasukan, Azhar Ahmad menjelaskan bahawa lebih kurang sembilan pemainnya disyaki terlibat berurusan dengan seorang ‘bookie’ dalam mengatur perlawanan tersebut.

Alias menjelaskan, sebelum ini SPRM tidak pernah menjalankan siasatan atau memanggil mana-mana pemain Perlis yang dikaitkan mengatur perlawanan dalam pasukan itu.
”Malah kami juga tidak menerima sebarang aduan daripada pihak tertentu atau telah menemui pegawai PFA selain pada hari ini (semalam).
“Saya hanya mengetahui kes pemain Perlis mengatur perlawanan itu berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan baru-baru ini,” ujarnya.

Selepas laporan akhbar itu, tambahnya, barulah SPRM mengadakan pertemuan dengan pegawai PFA semalam bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan tersebut.
“Selepas kami berjumpa dengan pemain disyaki itu nanti untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dan sekiranya sah terdapat kes mengatur perlawanan maka tindakan lanjut akan diambil,”ujarnya.KOSMO

No comments:

Post a Comment