HTML/JavaScript

Saturday, 21 January 2012

PRU 13 yang paling kotor dalam sejarah??

Semalam dah makin menjadi-jadi puak2 umno fobia dengan gerakan ABU. Sampaikan langgar majlis orang semata2 sebab nak ganggu dan dah habis modal nak attack Pakatan Rakyat dengan isu2 yang boleh memenang kan Umno/BN dalam PRU 13 nanti.

Cara yang depa pakai dalam nak menentang gerakan ABU ni main pakai gangster upahan. Tapi sedih jugak bila budak2 sekolah yang belum cukup umur untuk mengundi di pergunakan hanya nak menunjukkan sokongan kat depa masih tinggi.

Pihak berkuasa pulak kenapa tak ambik tindakan terhadap pengacau kat ceramah ABU semalam  kat Jalan Kebun, Shah Alam. Kenapa tak tangkap terus jer sebab nyata dah ganggu ketenteraman awam. Kalau majlis yang dianjurkan Umno/BN, dah tentu pengacau akan kena lokap tanpa banyak soal. Tapi yang buat kacau ni dari Umno, maka di kecualikan dari di lokapkan.

Dalam PRU13 nanti ni, dah tentu pelbagai cara kotor yang jijik akan diguna pakai bagi menghalalkan segala tektik tipu daya Umno dalam nak mempertahankan Putrajaya dari ditawan Pakatan Rakyat. Penggunaan badan kerajaan sewenang2nya sudah pasti. Penyalahgunaan jentera kerajaan ni bukan perkara baru.

Dan jika ditakdirkan Umno/BN tewas, rakyat harus bersedia untuk menghadapi situasi kacau bilau yang ditimbulkan oileh pihak yang kalah. Itu sudah pasti. Amaran itu selama ini dah pun diberi. Malah yang bagi amaran tu pulak datangnya dari pihak Umno/BN sendiri. Jadi tak heran kalau ianya benar2 terjadi.

SPR dan SPRM pulak akan dijadikan salah satu kompenan parti bagi Umno/BN. Termasuk la jugak pihak polis terutamanya SB-SB yang selama ni pun dah di perkudakan untuk membuat kerja2 kotor Umno/BN.

Rakyat harus bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Jangan termakan dengan propaganda yang semakin rancak di perdengarkan. Isu perkauman dan agama semakin kerap dimainkan supaya menimbulkan rasa tak selamat dikalangan rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Sebagai contohnya semalam saja sudah cukup membuktikan api perkauman semakin dinyalakan supaya rakyat berbilang kaum bergaduh sesama sendiri.

kopitarikkaw
~ABU~ Asalkan Bukan Umno.

No comments:

Post a Comment