Saturday, February 25, 2012
Mengapa golongan munafiq ini tidak berada di Pelabuhan Klang dan melihat sendiri betapa banyaknya kontena yang tertera lambang kemegahan zionis iaitu ZIM dengan bintangnya sekali - Biaqpila
PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) kesal memorandum bantahan terhadap sokongan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Israel yang sepatutnya diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR di sini tidak diterima dan hanya diletakkan di peti surat.
Sekumpulan 50 Pemuda BN yang hadir di Tropicana di sini diketuai Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid kira-kira 4.00 petang membawa sepanduk, bendera dan berarak sambil melaungkan ‘Hidup Palestin’, ‘Hancur Zionis’, ‘Hancur Anwar’.
Memorandum bantahan itu mengecam Anwar yang mengiktiraf negara haram Israel dengan merujuk kenyataan akhbar The Wall Street Journal.
“Kami berasa marah dengan tindakan beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin,” katanya dalam memorandum itu.
Anwar Ibrahim hanya menghantar Mr Balu untuk menghadapi puluhan pemuda Umno yg berdemo di HQ Keadilan kahkahkah....-MiLo SuaM
Namun malangnya memorandum itu tidak diterima PKR atas alasan semua kakitangan pejabat PKR menghadiri kursus kepimpinan di Kuantan sejak malam tadi.
Malah memorandum itu didapati dibakar di hadapan ibu pejabat PKR sejurus selepas penyokong, polis dan media yang lain bersurai meninggalkan premis.
Sebelum itu, Megat Firdouz ketika ditemui pemberita berkata beliau kesal dengan PKR yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara tetapi tidak mengamalkannya.
“Kepada sesiapa yang bersekongkol dengan PKR terutamanya PAS, tengoklah sandiwara yang ditunjukkan Anwar. Kita minta Anwar fikir dan insaf jangan memperkudakan seluruh rakyat hanya untuk cita-cita politik,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata pihaknya tengahari tadi membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Dang Wangi memohon bantuan polis mengawal keadaan di hadapan premis Ibu Pejabat PKR kerana bimbang jika terjadinya sebarang kejadian tidak diingini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pentadbiran Petaling Jaya Tuah Masron ketika ditemui berkata seramai 65 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan dan pihaknya berpuas hati tiada sebarang provokasi berlaku.
anaksungaiderhaka
Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment