HTML/JavaScript

Friday, 10 February 2012

Pulau Pinang sasar bina11,800 rumah mampu milik

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
10 Februari 2012
Pulau Pinang sasar bina11,800 rumah mampu milik
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 11,800 rumah mampu milik dibina bagi membolehkan rakyat mendapat kehidupan yang berkualiti.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi pelaksana manakala syarikat perunding dari Singapura, Surbana International Consultants (Malaysia) Sdn Bhd untuk menentukan konsep serta reka bentuk projek perumahan di  Bandar Cassia, Batu Kawan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pemilihan Surbana Iadalah berdasarkan pengalamannya selama 50 tahun dengan Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) Singapura dalam perkhidmatan perundingan bagi projek perumahan awam.

“Skim perumahan ini adalah yang pertama dalam siri skim perumahan mampu milik yang akan diperkenalkan. Untuk mendapat rumah yang berkualiti dan reka bentuk menarik, Surbana akan diberi tanggung jawab untuk menentukannya.

"Ia menunjukkan perkhidmatan baik dalam perundingan suite untuk perumahan awam Singapura. Surbana dan HDB mencipta lebih satu juta kediaman berkualiti dan 26 perbandaran di Singapura,” katanya kepada media pada majlis menandatangani surat pelantikan Surbana di sini semalam.

Menjawab soalan media, Guan Eng berkata beliau sedar akan diserang dengan tindakannya mengambil syarikat dari Singapura itu.

“Saya sedar akan diserang dengan soalan ini oleh musuh politik saya kerana memilih syarikat dari Singapura. Ini ‘double standard’.

"Jika syarikat Singapura terlibat dengan projek pembangunan di Iskandar,Johor, ia tidak menjadi masalah. Tetapi jika mereka datang ke Pulau Pinang, ia jadi isu besar. Ini permainan politik yang tidak sihat," katanya.

keterangan gambar- Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar (kiri)menyerahkan surat pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Surbana International Consultants, Soh Wah Meng sambil diperhatikan Guan Eng
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment