HTML/JavaScript

Saturday, 18 February 2012

Soi Lek, Guan Eng saling mencabar rebut undi Melayu

19 Februari 2012
SHAH ALAM – Debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyaksikan kedua pemimpin tertinggi parti itu saling mencabar antara satu sama lain bagi merebut undi kaum Cina dan Melayu.
Soi Lek dalam ucapan pembukaan menyelar tindakan DAP yang hanya berani bertanding di kawasan majoriti masyarakat Cina terutama di kawasan bandar dan tidak berani menentang Umno di tempat lain dalam pilihan raya.
 
“DAP berkata ia parti berbilang kaum tetapi bergantung kepada sokongan kaum Cina dan menang di kerusi Cina. Mereka memberitahu masyarakat Cina bahawa mereka perlukan sokongan untuk mengajar Umno tetapi mereka tidak pernah menghadapi Umno.
 
“Parti pembangkang terutamanya DAP tidak pernah berdepan dengan Umno, sebaliknya hanya berani dengan parti di kalangan masyarakat Cina sahaja,” katanya.
 
Soi Lek berkata, DAP sering menguar-uarkan kepada masyarakat bahawa sekiranya parti itu diberikan sokongan maka orang Cina semakin kuat dan seterusnya dapat memerintah negara ini.
 
Hakikatnya beliau berkata, ia hanya boleh berlaku di Pulau Pinang sahaja tetapi realiti politik menunjukkan bukan di negeri lain.
 
“Ini adalah bayangan palsu bahawa orang Cina di negeri lain boleh menjadi pemimpin. Tetapi secara jujurnya, selain Pulau Pinang, negeri lain tidak mungkin ada harapan. Kita mesti menghadapi kebenaran berpolitik,” katanya.
 
Sementara itu, Guan Eng menyelar MCA dengan mengatakan parti itu tidak pernah berani berdiri sebagai parti paling ke hadapan dalam komponen Barisan Nasional.
 
Katanya, Guan Eng turut mendakwa MCA akan bertanding dalam kawasan majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang kerana risaukan sokongan parti yang semakin merudum.
 
“Umno bercakap mengenai Ketuanan Melayu Adakah MCA berani menghalang mereka? MCA sepatutnya melihatnya sebagai salah satu sistem dua kaum dalam BN, “ katanya pada debat tajuk ‘Adakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua kaum’ yang berlangsung di Berjaya Times Square, semalam.
www.sinarharian.com.m

No comments:

Post a Comment