Monti, bekas pesuruhjaya dan profesor ekonomi terkenal turut berkata, dia mempunyai bon dan dana pelaburan dengan nilai keseluruhan 11 juta euro (RM44.07 juta). Pengisytiharan dibuat Monti itu dan semua menterinya terbukti amat popular hingga laman web kerajaan - www.governo.it itu gagal diakses apabila terlalu ramai pengguna cuba memasukinya. Laporan itu juga menunjukkan Menteri Luar Giulio Terzi mempunyai Harley Davidson dan Menteri Hal Ehwal Parlimen memiliki dua khemah batu di pergunungan Alps.
Monti menggantikan bilionair Silvio Berlusconi November tahun lalu ketika kerajaan teknokratik itu menghadapi detik genting dengan tugasan untuk menyelamatkan Itali daripada krisis kewangan dan memulihkan semula ekonomi negara itu. Angka menunjukkan menteri yang memperoleh pendapatan tertinggi ialah Menteri Kehakiman Paola Severino, peguam utama yang mempunyai pendapatan 7 juta euro (RM28.06 juta) pada 2010 dan Menteri Pembangunan Ekonomi Corrado Passera dengan 3.5 juta euro (RM14.03 juta). - AFP
myMetro
No comments:
Post a Comment