HTML/JavaScript

Sunday, 19 February 2012

Debat: PKR OK, harap SU Agung Umno serius

NURUL NADIA KAMARUZAMAN
20 Februari 2012
Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - PKR menyambut baik pendirian Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung kesediaan parti itu untuk berdebat dengan Pakatan Rakyat (PR) ekoran debat antara pemimpin DAP dan MCA kelmarin.
Sehubungan itu, parti komponen PR ini melahirkan kesediaan untuk mengadakan perbincangan bersama mengenai perkara tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, pandangan Tengku Adnan itu dianggap skeptikal dan berbeza dengan pendirian Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menganggap debat tidak boleh dijadikan satu budaya.

“Saya menghormati pendirian Adnan dan saya menganggap itu bukan kenyataan yang saja-saja dibuat.
“Saya harap beliau dapat memulakan usaha ini dengan menemukan dua pemimpin hebat iaitu (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan (Ketua Umum PR) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) untuk berdebat. Saya bersedia berbincang dengannya,” katanya kepada pemberita.

Semalam, Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berdebat dengan PR.
Dalam kenyataan itu beliau menyifatkan perbahasan seperti diadakan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "sihat".
"Kami terbuka (untuk menyertai) jika terdapat mana-mana (cabaran)," katanya.
 www.sinarharian.com.m

No comments:

Post a Comment