19 Februari 2012
Beliau tetap akan meneruskan tugas harian selagi tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian dari kepimpinan pusat PKR walaupun kes itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya tidak perlu bercuti kerana tiada sebarang keperluan kerana masih banyak kerja lain yang perlu diselesaikan. Biarlah SPRM menyelesaikan kerja mereka. Keputusan siapa yang patut bercuti ditentukan oleh jawatankuasa pusat.
“Sehingga kini saya belum menerima sebarang arahan daripada pucuk pimpinan parti," katanya kepada Sinar Harian.
Chow Kang, Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan diminta mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkannya agar bercuti untuk memudahkan siasatan terhadap kes itu.
Bashah juga meminta Chow Kang bertanggungjawab ke atas itu itu dan tidak cuba lepas tangan dengan hanya meminta pembantunya bercuti.
Chow Kang berkata, tindakan meminta pembantu peribadinya bercuti sehingga siasatan SPRM selesai dibuat selepas menerima arahan pusat untuk berbuat demikian.
“Dia bukan digantung tugas tetapi cuti sementara. Namun sepanjang dia berkerja lebih dua tahun tidak ada sebarang masalah," katanya.
Beliau kesal dengan tindakan segelintir pihak cuba mempolitikkan isu berkenaan kerana akan merumitkan keadaan dan berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) terlibat memberi kerjasama dengan SPRM.
“Saya yakin tidak terlibat dalam kes ini dan beberapa sidang media sudah diadakan untuk menerangkan situasi sebenar supaya masyarakat tidak salah faham dengan apa yang sedang berlaku.
“Bagaimanapun saya tidak ada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan bagi membantu melancarkan lagi proses siasatan sehingga semuanya terbukti,” katanya.
Menurutnya, isu melibatkan pemotongan sebahagian dari peuntukan kepada NGO berkenaan masih dalam siasatan SPRM dan hasilnya belum diketahui.
Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew sebelum ini mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepadanya mengenai pemulangan balik peruntukan kepada Kerajaan Negeri atau rebat antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan dijanjikan yang disalurkan.
Akhbar berbahasa Cina melaporkan Chow Kang mengakui perkara itu berlaku dan susulan pendedahan itu juga difahamkan pembantu peribadinya digantung tugas atas arahan jawatankuasa pusat PKR sehingga siasatan terhadap dakwaan itu selesai.
No comments:
Post a Comment