HTML/JavaScript

Thursday, 9 February 2012

Semua kakitangan sekolah diganti ekoran skandal seks

myMetro
LOS ANGELES: Keseluruhan kakitangan di sekolah di bandar raya ini digantikan ketika polis melakukan siasatan skandal penderaan seks membabitkan seorang guru yang didakwa memberi air maninya kepada kanak-kanak semuda enam tahun.

Tindakan itu dibuat ekoran kebimbangan ibu bapa terhadap kes itu cuba ditutup, selain cuba memahami mengapa polis mengambil masa lebih setahun untuk menahan Mark Berndt, guru berusia 61 tahun yang mengajar di sekolah rendah Miramonte di timur Los Angeles itu. Berndt didakwa mengambil gambar 23 kanak-kanak yang ditutup mata dan mulut dengan lipas di wajah mereka serta sudu berisi air mani di mulut mereka antara 2005 dan 2011.

Lebih 40 gambar milik suspek diserahkan kepada pihak berkuasa oleh individu yang memproses filem berkenaan pada Januari tahun lalu, tetapi Berndt hanya ditahan minggu lalu dan didakwa atas 23 pertuduhan jenayah.

Guru tambahan sekolah itu, Martin Springer, 49, didakwa kelmarin kerana melalukan perbuatan tidak sononoh terhadap seorang kanak-kanak dalam tempoh tiga bulan pada 2009, lapor CNN. Murid dan ibu bapa berarak ke sekolah itu kelmarin untuk melakukan demonstrasi membantah keputusan menggantikan semua guru, manakala sesetengahnya mengutuk apa yang dikatakan mereka “Kes itu cuba ditutup” sambil mengutarakan “Siapa lagi yang kami boleh percaya?” Pegawai tinggi pendidikan Los Angeles, John Deasy berkata, sekolah berkenaan akan ditutup hingga hari ini apabila semua kakitangan seramai 150 orang - guru, kakitangan pentadbiran, setiausaha dan pengawal keselamatan akan digantikan oleh senarai kakitangan baru.

Kakitangan yang didapati tidak terbabit dengan kes penderaan itu kemudiannya akan dikekalkan, lapor LA Times sambil menambah Springer dan Berndt saling mengenali dan membawa murid untuk aktiviti luar sekolah bersama sekurang-kurangnya dua kali. - AFP

No comments:

Post a Comment