HTML/JavaScript

Thursday 23 February 2012

PKR dakwa Felda berisiko hilang modal

Wartawan Sinar Harian
24 Februari 2012
Felda berisiko hilang modal: PKR
SHAH ALAM – PKR mendakwa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVB) di Bursa Malaysia ibarat ‘ular lidi menelan ular besar’ dan mengurangkan kuasa pegangan peneroka dalam Felda Holdings (FH).

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu menyebabkan semua aset Felda bernilai RM14.9 bilion akan dipindahkan ke FGVB yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan dan pada masa yang sama menjual saham kepada orang luar.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan berbuat demikian kerana FGVB memperoleh keuntungan sebelum cukai menjangkaui RM804 juta pada 2009 dan RM819 juta pada tahun berikutnya.

“Kami cuba halang penyenaraiannya di pasaran saham dengan mengambil injunksi mah kamah. Ramai membantah. Ada wakil daripada Felda yang memiliki satu juta pegangan aset dan terbanyak telah bertanyakan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, mengenai perkara ini, namun tidak dilayan.

“Mereka khuatir sekiranya penyenaraian bukan sahaja menyebabkan peneroka tidak memperoleh dividen 15 peratus setahun, malah mendedahkan pelbagai risiko dalam pelaburan. Ini mengurangkan modal asal mereka,” katanya di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa dan Bendahari parti, yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Rafizi berkata, penyenaraian di Bursa Malaysia turut menyebabkan peneroka tidak boleh membuat keputusan apabila mempunyai 42.7 peratus pegangan sedangkan kini 51 peratus.

Namun, dengan kuasa yang ada itu, peneroka, katanya, telah menggunakan hak menghalang saham mereka dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) disenaraikan ke FGVB.

No comments:

Post a Comment