9 Februari 2012
Kempen yang pada asalnya merupakan reaksi spontan, kini dikendalikan secara teratur dan turut diiringi ugutan mahu bunuh wartawan itu.
Hamza melarikan diri berikutan kempen puak Salafi itu.
Wartawan akhbar Al-Bilad itu juga menerima pelbagai ancaman selain alamat dan nombor telefonnya diedarkan supaya memudahkan usaha mengesannya.
Dalam pada itu, terdapat laporan yang mengatakan dia kini berada di Kanada, malah ada juga mendakwa dia berada di Asia Tenggara.
Sabtu lalu, semasa sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, Hamza didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.
Beliau bagaimanapun telah meminta maaf tetapi tidak diterima.
Dalam tweetnya, Kashgari menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.
Rentetan kejadian itu, satu kumpulan Sheikh Sahwa yang diketuai oleh Sheikh Nasser al-Omar secara terbuka telah meminta supaya pihak kerajaan mengeluarkan satu keputusan diraja bagi menangkap penulis itu.
www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment