HTML/JavaScript

Friday 10 February 2012

KADIR SHEIKH FADZIL KENA PECAT?

Bekas Menteri Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Kadir Sheikh dicadangkan supaya dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti kerana mengkritik pemimpin Umno yang 'maksum'. Kita semua tahu pemimpin Umno adalah maksum dan tidak boleh dikritik langsung. Ahli Umno diajar supaya menjadi 'Yes Man' dan Pak Hangguk.
Kadir dalam kenyataan balasnya menyebut bahawa beliau tidak takut untuk dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin.

Malaysiakini melaporkan bahawa Kadir berkata Jawatankuasa Displin Umno "tidak perlu bersusah payah" untuk menyiasat kenyataan akhbar dan rakaman temubualnya di internet TV yang dianggap satu kritikan terhadap parti.

Sebaliknya, beliau sendiri akan menghantar rakaman "penuh dan tidak diedit" kepada jawatankuasa displin pada minggu depan.

NONEKatanya, kenyataan dan rakaman temubual denganMalaysiakini,Harakahdailydan MOBTV serta ucapannya di Seminar ASLI  telah direkodkan dalam DVD dan akan diserahkan pada minggu depan.

"Saya buat apa. Kalau benda ini, tak boleh beri pandangan, apa dah jadi dengan Umno.

"Itu sahaja, sebab saya kenal Umno. Tahun 50-an, 60-an dan 70-an, Umno memang demokratik, boleh kritik pemimpin, tak ada tindakan displin," katanya.

Bercakap dalam sidang media, Kadir mendesak supaya Umno mengkaji terlebih dahulu "kritikannya" sebelum tindakan diambil.

Gambar NFC sekadar hiasan.
sumber:Mutaligat.com

No comments:

Post a Comment