HTML/JavaScript

Friday, 17 February 2012

Skuad Piala Thomas tumpas di tangan Jepun

Wartawan Sinar Harian
17 Februari 2012
Piala Thomas
AKSI separuh akhir kelayakan Piala Thomas, pasukan negara tumpas 3-0 kepada Jepun di Macau, semalam.
Sudah pun menempatkan diri ke final di Wuhan, Mei depan, pertarungan hari ini ini tidak disertai ketua pasukan Datuk Lee Chong Wei.

Sebaliknya tanggungjawab perseorangan pertama digalas juara All England 2003 Muhammad Hafiz Hashim. Bagaimanapun Hafiz tumpas kepada Sho Sasaki 19-21, 16-21.

Nasib sama turut menimpa beregu pertama Lim Khim Wah-Goh Wei Shem yang kecundang di tangan gandingan Hirata Noriyasu-Hashimoto Hirokatsu, 11-21, 21-11, 18-21.

Namun, saingan sengit dihadapi perseorangan kedua, Daren Liew ketika menentang pemain nombor satu Jepun, Kenichi Tago.

Permainan yang berlangsung selama 100 minit, Daren dipaksa bertarung sehingga kedudukan tamat pada 28-30 di set pertama dan 19-21 di set kedua.

Malaysia bakal bertemu Indonesia bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Sementara itu, skuad Uber negara tumbang kepada Hong Kong, 3-2 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan.

No comments:

Post a Comment