HANOI: Gara-gara mahu membantu seorang ibu bersama anaknya yang meragam segera keluar dari pesawat, seorang lelaki mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang Ho Chi Minh, semalam.
Media Vietnam melaporkan, sejurus selepas pesawat berkenaan berhenti, wanita terbabit meminta bantuan kepada Le Van Thuan yang duduk di sebelahnya supaya membuka pintu.
Tanpa berfikir panjang, Le, 29, membuka pintu kecemasan sekali gus mengaktifkan getah gelongsor pesawat itu.
Bagaimanapun, tiada sesiapa terjun dan menggunakan laluan kecemasan itu.
Tidak dapat dipastikan jika ada mana-mana kru kabin cuba menghalang Le bertindak begitu, Sementara itu, Le berkata, wanita di sebelahnya meminta bantuan untuk keluar lebih cepat kerana anaknya menangis.
Pegawai lapangan terbang itu berkata, Le akan didenda RM2,900, manakala kos memasang semula gelongsor itu dianggarkan bernilai RM30,000. - AP
No comments:
Post a Comment