8 Februari 2012
Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam.
Menurutnya, kehadirannya ke pejabat SPRM Putrajaya sebagai isteri kepada Pengerusi NFC, Datuk Mohd Salleh.
"Saya langsung tidak pernah terlibat dengan isu NFC dan memberi kerjasama sepenuhnya apabila ditanya oleh pegawai SPRM berhubung isu itu," katanya dalam satu sidang media sejurus selesai memberi keterangan, di sini, tadi.
Beliau yang hadir bersendirian ke pejabat SPRM kira-kira jam 4 petang dilihat keluar selepas hampir tiga jam memberi keterangan.
"Sebenarnya saya mengambil cuti dengan harapan pihak SPRM akan memanggil saya hari ini untuk membuat penyiasatan rapi sama ada saya terlibat atau tidak dengan NFC.
“Ini giliran saya untuk membantu siasatan dan tidak pasti sama ada akan dipanggil untuk kali kedua.Mengenai isu lain saya tak tahu," katanya.
No comments:
Post a Comment