HTML/JavaScript

Tuesday, 7 February 2012

SPR masih kaji syor lanjut tempoh kempen


Wartawan Sinar Harian
8 Februari 2012
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum memastikan sama ada akan melanjutkan tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atau mengekalkan amalan semasa sekitar hingga 13 hari.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara itu sedang difikirkan dan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian.

"'Ada tuntutan tempoh kempen dipanjangkan dengan alasan pengundi belum mengenali calon dan pengundi tidak sempat memahami manifesto," katanya pada sidang media selepas taklimat persediaan PRU-13 di sini, hari ini.

Kata beliau, SPR sentiasa meningkatkan sistem pengundian sehingga sistem yang akan dilaksanakan nanti lebih baik daripada sistem yang diguna pakai sebelum ini.
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment