Tuesday, 7 February 2012
Sultan Kelantan ziarah keluarga mangsa lemas
Kosmo
BACHOK – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.
Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain.
Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.
“Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment