Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.
Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.
"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.
“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.
Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment